Apa itu PAP SMEAR??? Sudahkah Anda Semua Melakukan Ujian Pap Smear ??

Selasa, 20 Mei 2014 0 ulasan



 INFO PENTING: 


Ujian Pap Smear tidak boleh mencegah seseorang itu daripada mendapat jangkitan HPV, namun ia boleh mengesan perubahan pada serviks supaya rawatan awal dapat diberikan. Risiko kanser serviks menjadi 3 hingga 10 kali ganda lebih tinggi dalam kalangan wanita yang tidak melakukan ujian Pap Smear secara berkala. 
(Sumber: Kosmo! Online) 

 Apa itu Ujian lumuran Pap (Pap Smear)? 

Ujian lumuran Pap merupakan ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ujian Pap Smear ini boleh mengesan barah pangkal rahim (Kanser Serviks) pada peningkat awal. Rawatan yang mudah pada peringkat ini boleh membawa penyembuhan sepenuhnya.

Pap smear bertujuan bagi mengenalpasti keadaan luar biasa pada sel di permukaan serviks pada peringkat awal. Jika keputusannya meragukan, wanita akan dipanggil semula bagi menjalani ujian colposcopy untuk mengetahui punca sebenar masalah yang dihadapi, khususnya mengesan kehadiran sel luar biasa yang dipanggil cervical intraepilhelial neoplasia (CIN).CIN adalah fasa sebelum sel itu bertukar menjadi sel barah berbahaya dan boleh menjangkiti sel lain.CIN tidak memberikan sebarang simptom dan hanya boleh dikesan melalui ujian pap smear.

Bagaimana Ujian Pap Smear Dilakukan? 

Sel-sel diambil secara berhati-hati dari permukaan rahim "servik" dan diletakkan di atas slaid kaca seterusnya dihantar ke makmal untuk pemeriksaan mikroskopik.



Inilah dia antara alat yg sangat ditakuti ramai wanita -- Speculum

Apakah Keputusan Yang Akan Diperolehi? 

Bagi kebanyakan wanita, sel-sel ini adalah normal sepenuhnya. Pada sesetengah wanita sel-sel ini mungkin tidak kelihatan normal dan mungkin menunjukkan peringkat awal kanser. Apabila ini terjadi ujian berkenaan diulangi dan jika perlu pemeriksaan seterusnya dilakukan.


 Perbezaan antara sel yang normal dan tidak normal (kemungkinan kanser) 

 Apakah Tindakan-Susulan Yang Akan Diambil? 

Jika terdapat sebarang tanda luarbiasa, seseorang itu akan dirawat atau dirujuk untuk penyiasatan dan rawatan selanjutnya.

Di Manakah Ujian Pap Smear Boleh Didapati? 

Ujian ini boleh didapati di: Pusat Kesihatan Kerajaan

Siapa Yang Harus Menjalani Ujian Pap Smear? 

Wanita berumur antara 20 - 65 tahun, yang aktif seks atau pernah aktif seks dahulu, perlu menjalani Ujian Pap Smear.

Berapa Kerapkali Ujian Pap Smear Harus Dilakukan? 

Ujian Pap Smear hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya 2 tahun sekali.

Bilakah Masa Yang Terbaik Untuk Menjalani Ujian Ujian Pap Smear? 

Ujian Pap Smear terbaik sekali dijalankan pada pertengahan pusingan haid atau 10 hari selepas kedatangan haid.

Apa Itu Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)? 

Serviks adalah pangkal rahim. Rahim merupakan bahagian badan di mana janin berkembang. Serviks berhadapan dengan saluran yang dipanggil faraj.

Dalam barah pangkal rahim (Kanser Serviks), sel-sel di serviks tumbuh secara tidak normal. Sel-sel terus membesar dan membentuk satu ketumbuhan atau tumor. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini bolek merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa anda.

Barah pangkal rahim (Kanser Serviks) mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim (serviks). Ini disebut peringkat pra-kanser.

Apakah Tanda-Tanda Gejala Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)? 

Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.

Apakah Faktor Risiko Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)? 

Tabiat seks: memulakan perhubungan seks pada usia muda atau mempunyai pasangan seks yang ramai (bertukar pasangan).

Apa Yang Boleh Anda Lakukan Untuk Melindungi Diri Anda Dari Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)? 

Oleh kerana wanita yang aktif seks boleh menghidap barah pangkal rahim (Kanser Serviks), adalah penting untuk mengesannya awal-awal lagi. Ini boleh dilakukan melalui Ujian Pap Smear. Ia merupakan ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ujian Pap Smear ini boleh mengesan barah pangkal rahim (Kanser Serviks) pada peningkat awal. Rawatan yang mudah pada peringkat ini boleh membawa penyembuhan sepenuhnya.

Apa yang harus dilakukan ketika menghadapi kanser? 

-Berfikiran positif.
-Amalan cara hidup sihat seperti melakukan senaman dan makan diet yang seimbang
-Ikuti jadual perubatan secara teratur dan patuhi arahan doktor
-Bertawakal dan memohon pada Tuhan agar dipermudahkan...

Akhir kata...buat sahabat-sahabat semua..janganlah "takut" untuk melakukan ujian pap smear ini demi kebaikan anda semua....sekiranya ada sebarang yg tak normal sekurang-kurangnya kita dapat kesan dari awal dan boleh mendapatkan rawatan yang sewajarnya sebelum ianya terlambat..

Sesungguhnya tiada penyembuhan tanpa izin Allah s.w.t. Jadi, fikirkan yang positif. 
Selamat berShaklee dan menuju ke arah kesihatan optimum!

Anda boleh hubungi saya:- Adilah hamid
Id no :- 945635
FB:- Dieela Hamid
Page FB – please like ~ vitaminn4u
Call/sms – 019-5929504

Sebagai customer anda layak menerima keistimewaan seperti dibawah:- 

~ Khidmat nasihat percuma diberkan secara berterusan selepas pembelian.
~ Jadual pengambilan vitamin.
~ Bagi yang ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli bersama group kami adalah dialu-alukan.

WAKIL PENGEDAR DIPERLUKAN SELURUH MALAYSIA 
 Jom ubah!!! Saya nak Cantik, sihat bersama Shaklee

Jika anda ada sebarang soalan sila isi komen dibawah, In sya Allah saya akan bantu sedaya upaya saya. Apa pendapat anda tentang kelebihan Zink Complex ni? Kongsikan pendapat anda…
Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2012. Supplement sihat cantik semulajadi - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by Lin Ariff
Proudly powered by Blogger