ANDA GEMUK? JANGAN BIMBANG!

Khamis, 20 Februari 2014 0 ulasan

Kegemukan merupakan masalah paling ditakuti kebanyakkan remaja terutama perempuan kerana pada peringkat umur itu, mereka mahukan tubuh menarik,penampilan bergaya dan pujian dari rakan sekeliling. Bagaimana,pun kajian Kementerian Kesihatan menunjukkan,hampir 17 juta rakyat di negaa ini termasuk remaja mengalami masalah kegemukkan,manakala lebih lapan juta daripada jumlah itu,dikategorikan obesiti,iaitu lebihan berat mengikut perkiraan berat ideal. Masalah ini sering kali dilihat berpunca daripada gaya hidup,pemakanan,dan kehidupan tidak teratur yang perlu diatasi demi melahirkan generasi cergas,cerdas dan bebas penyakit kronik.
Tip: 1- Bersarapan * Remaja memerlukan tenaga pada awal hari sebagai bekalan untuk kecergasan memulakan aktiviti,jadi jangan tidak sarapan kerana anda berasa lapar dan lemah.

 2- Jala pola makan * Biarpun keinginan makan remaja sentiasa tinggi, jaga pengambilannya secara teratur mengikut diet seimbang dengan mengurangkan kalori dan lemak tinggi,kurangkan makan manis serta banyakkan sayuran.
3- Elakkan makan berat waktu malam * selepas jam 7 atau 8, elakkan pengambilan makanan kalori atau kolestrol tinggi seperti nasi,kek,dan burger, tetapi jika lapar selepas waktu berkenaan, makan buah-buahan atau minuman berserat. * Makan paling lewat sekurang-kurangnya 3 jam sebelum tidur. * Pengambilan makanan berkalori atau berkolestrol tinggi hanya akan menyebabkan kegemukkan kerana badan anda tidak melakukan aktiviti berat,sebaliknya perlu berehat

 4- Bersenam * Lakukan senaman sama ada berjongging atau sukan sekurang-kurangnya 30 minit untuk tempoh 3 atau 4 kali seminggu

 5- Ambil air kosong * Minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter setiap hari.

 6- Berfikiran lebih positif * Jalani kehidupan atau tangani masalah sama ada pelajaran atau kerjaya dengan fikiran positif supaya perasaan tenang,sekali gus menjamin kebahagian seharian. Dieela Hamid 019-5929504 Rakan on9 SHAKLEE anda
Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2012. Supplement sihat cantik semulajadi - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by Lin Ariff
Proudly powered by Blogger