Mengapa kerap bersin?

Khamis, 17 April 2014 0 ulasan

Saya sebenarnya selalu bersin,terutama pada waktu pagi.Bersin ini bukan sekali..malah berkali-kali.Keadaan ini buat saya tak selesa.....malu ......huhuhu...




Adakah anda kerap terjadi begini?

Bersin merupakan pengeluaran udara yang bergelora,separa automatik dari paru-paru melalui hidung dan mulut. Bersin dicetuskan oleh pendedahan mengejut kepada cahaya terang,perut yang agak penuh,atau jangkitan virus,dan boleh mendorong kepada penyebaran penyakit.

Bersin biasanya berlaku apabila benda asing atau pencetus luaran yang cukup melalui bulu hidung untuk sampai ke hingus hidung.ini mencetus pengeluaran histamine,yang menganggu sel saraf dalam hidung,menyebabkan isyarat dihantar ke otak bagi memulakan bersin melalui jaringan saraf trigemal.Otak kemudian mengaitkan isyarat awal ini,mengaktifkan otot pharynx dan tracheal dan membuka luas rongga hidung dan mulut,menyebabkan pembesaran udara dan zarah biologi yang kuat.



Bersin juga boleh dicetuskan oleh penggalak saraf hidung yang disebabkan oleh:

  • Elergik/habuk
  • Debu
  • Kutu haiwan
  • Debunga
  • Kulat
  • Jangkitan virus
  • Selesema
  • Jangkitan saluran pernafasan
  • Bahan iritasi kepada hidung
  • Bedak
  • asap
  • Bau yang kuat
Selain itu,bersin juga disertai dengan gejala seperti:
  • Sakit kepala
  • Hidung tersumbat
  • Sesak nafas
  • Mata gatal
  • ruam badan dan 
  • Demam
Rawatan menghilangkan punca bersin adalah dengan Antihistamina digunakan sebagai rawatan pertama untuk bersin disebabkan alergi.
Semburan hidung dari ubat steroid boleh digunakan untuk penyakit kronik.Nasal decongestants boleh memberi kelegaan sementara,tetapi kegunaan berpanjangan boleh menyebabkan gejala lebih teruk. Atau anda juga boleh mencuba produk Shaklee iaitu set resdung .




Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2012. Supplement sihat cantik semulajadi - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by Lin Ariff
Proudly powered by Blogger