7 Tips Picit Jerawat Supaya Orang Tak Kutuk Sebab Jijik

Rabu, 18 Februari 2015 0 ulasan

Assalamualaikum..

Tajuk hari ni berkaitan dengan kecantikan wajah. Muka siapa yang penuh jerawat??
Siapa suka picit jerawat??

hohoho....mokcik x suka naaa....

Siapa yang baca artikel ni mesti suka picit jerawat kan sebab tu nak tahu tips picit jerawat. Betul tak?? Jerawat ni memang buat kita jadi tak selesa dan mencacatkan penampilan. Jadi sebab ia mencacatkan, maka ramailah yang suka picit jerawat sebab nak bagi kecut cepat. Nak picit jerawat bukan boleh main picit ja naa. Jaga adab, Kat sini mokcik nak cerita 7 tips picit jerawat supaya jerawat tu hilang cepat-cepat. Bila jerawat dah tak ada, maka tak adalah orang jijik dan kutuk muka kita kan??



Antara tips yang boleh diamalkan semasa picit jerawat adalah: 

1) Bagi yang suka make up, bila dah balik kerja, perkara pertama kena buat adalah dengan mencuci sisa make up pada bahagian mata dan bibir. Make up tersebut boleh dicuci dengan pembersih solekan atau minyak zaitun. Selepas itu silalah cuci muka dengan pembersih wajah yang sesuai dengan jenis kulit.

2) Mandi dengan air suam untuk melembutkan kulit dan disamping itu juga air suam ni buat kita lebih relax.

3) Tangan kita penuh bakteris kan. Semasa mandi cuci tangan sebersihnya dengan sabun. Sebolehnya gunalah sabun antibakteria bagi nak buang semua bakteris kat tangan tu.

4) Selepas tu ambil sebatang jarum dan sterilkan dengan pencuci khas atau dengan air panas mendidih. Pencuci khas yang boleh digunakan adalah hydrogen peroxide. rendam jarum ke dalam cecair tersebut selama 20 saat. Di nasihati guna jarum yang baru setiap kali nak picit jerawat. ELAKKAN guna jarum BERKARAT bagi mengelakkan jangkitan bakteria.

5) Langkah nak picit jerawat ni perlu dilakukan di hadapan cermin. Gunakan jarum untuk menusuk di bahagian puncak jerawat yang memutih. Tusukan perlu dilakukan secra lembut dan berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan.

6) Kemudian bungkus kedua-dua jari telunjuk dengan tisu atau kapas yang bersih.

7) Selepas dah bungkus kedua-dua jari telunjuk, letakkan kedua-dua jari telunjuk diantara jerawat untuk membuang cairan yang mengandungi sel darah mati dan bakteris. Apabila semua cecair tersebut dah keluar, berhenti dari memicit. Kemudian bersihkan bahagian jerawat tersebut dengan kapas yang dibasahkan dengan air suam. Selain itu salah satu cara lagi, kita boleh menekap ais bagi mengelakkan bengkak.

Siapa yang dok baca artikel ni mesti teruja nak try buat. Cubalah buat insyaAllah berkesan mengurangkan jerawat dan mengelakkan jangkitan di tempat lain. Apa yang penting kebersihan tu. Kalau tak bersih memanglah jerawat mudah merebak ke tempat lain.



Selain amalkan tips kat atas tu, ada 3 perkara penting perlu di titikberatkan: 

1) Jangan sesekali menyentuh jerawat guna tangan yang kotor sebabnya kuman dan bakteria akan senang merebak. Bila dan merebak, jerawat akan tumbuh di bahagian lain pula.

2) Jangan gunakah ubat gigi untuk kecutkan jerawat kerana dikhuatiri akan menyebabkan melecet.

3) Elakkan memicit jerawat dengan menggunakan kuku sebab nanti akan tinggalkan parut di wajah.

Menarik tak tips ni?? So boleh lah amalkan kalau dah geram sangat dengan jerawat masak tu kan.
Lebih-lebih lagi kalau ada yang tegur geram dengan jerawat kat muka dan ada juga yang dok mengutuk kan. Sebelum nak main picit je ikut suka hati, silalah ikut tips ni. Kalau tak ikut tips ni, memang muka akan jadi lebih teruk..bukan sahaja dipenuhi jerawat malah dipenuhi dengan parut jerawat. Selamat mencuba!!!
Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2012. Supplement sihat cantik semulajadi - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by Lin Ariff
Proudly powered by Blogger