Makan Vitamin Tetapi Tiada Kesan???

Jumaat, 10 April 2015 0 ulasan

Saya dah amalkan Vitamin Shaklee, Tetapi tak Nampak Kesan Pun...

Makin Teruk Adalah... Pernahkah anda semua mengalami situasi di mana telah mengamalkan pengambilan Vitamin Shaklee, namun kesannya hampa??
Bila dikaji semula tempoh pengambilan Vitamin Shaklee, ada yang baru seminggu ada yang 3 hari memang tidak akan nampak kesan yang ketara.

Memang sudah menjadi lumrah manusia, semuanya inginkan kesan yang cepat dan pantas. Tetapi tahukah kita bahawa badan dan sistem dalaman kita memerlukan masa untuk menjalankan tugas menyerap semua vitamin. Ia bukanlah suatu tugas yang mudah. Lebih-lebih lagi jika badan kita bertoksin dan memerlukan lebih masa untuk bertindak balas dengan pengambilan vitamin.

Bagi anda yang baru-baru mencuba dan mengamalkan vitamin, harap bersabar dengan pengambilan vitamin. Harus faham, kesan vitamin ke atas tubuh kita adalah secara perlahan-lahan dan lembut.

Ada beberapa perkara yang perlu di ambil perhatian bagi yang baru mengamalkan vitamin dalam diet seharian anda.

* Healing crisis @ krisis penyembuhan

Healing crisis merupakan proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semua sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul di dalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan akan mengalami tanda atau symptom yang membuatkan rasa tidak selesa dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan.  

Mengapa Heling crisis selalu terjadi selepas pengambilan makanan tambahan atau supplement??

Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrient itu akan bertindak balas dengan oksigen di dalam badan. Dan tindak balas ini akan meransang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan.

Sebagai contoh, anda mengalami ruam pada kulit dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyaktoksin.

Cuba bayangkan jika badan kita seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis dan akan keluar daripada dinding paip tersebut keadaan ini menyebabkan anda tidak selesa. Tetapi selepas karat itu berjaya disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih bersih dan baik seperti baru


Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan, anda sepatutnya telah merasai perbezaannya.

Sebagai contoh:

* Tenaga bertambah
* Pergerakan system usus yang lebih baik
* Pembuangan air besar bertambah lancar
* Kulit bertambah lembap
* Dan lain-lain kesan yang positif  

Namun jika anda TIDAK MERASAI PERUBAHAN, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:

*  Tidak mengamalkan vitamin setiap hari (Tidak konsisten, kejap makan, kejap tidak)
* Tidak mengikut dos yang telah dicadangkan
* Pengambilan air kosong yang kurang
* Takut kepada krisis penyembuhan lalu terus berhenti mengambil vitamin
* Pemakanan seharian yang tidak teratur dan sempurna serta gaya hidup yang tidak sihat
* Mengalami masalah emosi
* Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh lebih panjang untuk sembuh

Satu perkara yang ingin saya kongsikan di sini, sudah menjadi amalan masyarakat hari ini,
"bila sudah sakit baru mahu mencari penawar". Ini tidak boleh diaplikasikan pada supplement natural atau semulajadi.
Ini kerana supplement bukan untuk menyembuhkan penyakit tetapi untuk menjaga tubuh badan kita dari serangan penyakit. Usaha mana yang mampu, selebihnya Allah yang menentukan. Adalah lebih baik kita mengamalkan vitamin ini sewaktu kita masih sihat agar dapat mengelakkan penyakit yang lebih kronik.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2012. Supplement sihat cantik semulajadi - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by Lin Ariff
Proudly powered by Blogger