Cara Makan Vitamin Shaklee dengan Betul

Isnin, 13 April 2015 0 ulasan

Kenapa saya makan Vitamin ni tak nampak kesannya?? 

Vitamin ni tak baguslah... 

Adakalanya kita sering menyalahkan sesuatu perkara oleh kerana kita tidak tahu perkara yang sebetulnya.. Ada sesetengah individu yang mengambil vitamin, tetapi tidak tahu cara memakan vitamin dengan betul.

Alhamdullilah, jika anda mendapatkan vitamin dari saya ke atas setiap pembelian, saya akan menerangkan kepada anda jadual dan tips makan vitamin dengan betul.

Tak mau lah kita menyalahkan produk Shaklee hanya kerana cara kita memakan vitamin yang tidak betul.



1. Energizing Soy Protien (ESP) Diambil pada waktu pagi sewaktu perut kosong. Ini kerana pada waktu pagi kadar metabolisme kita tinggi berbanding pada waktu lain. Maka semua asid amino dapat diserap dengan lebih berkesan. Bagi yang ingin berdiet, boleh diambil antara waktu makan. Contohnya, antara waktu sarapan pagi ke makan tengahari. Ini dapat mengelakkan kita daripada makan secara berlebihan kerana ESP membantu kita rasa lebih kenyang.

 2. Alfalfa Jangan diambil bersama dengan Vitamin E @ GLA. Vitamn E akan dihalang oleh Alfalfa dari diserap dengan baik. Alfalfa adalah serat manakala Vitamin E adalah Vitamin yang berfungsi baik jika ada lemak. Serat suka serap lemak.   

3. Ostematrix (Kalsium) Disarankan diambil sebelum tidur. Jangan diambil bersama iron (Vitalea / Multivitamin with iron Formula)

4. Sustained Release Vitamin C Jika demam boleh diambil 2 biji sehari. Patahkan dahulu vitamin sebelum ditelan.

5. Vitalea Jangan diambil dengan minuman bersusu atau sumber kalsium lain seperti Ostematrix. Ini kerana Ostematrix akan menganggu efisiensi penyerapan zat besi dalam Vitalea.

6. Vitamin Larut Lemak ( A, D, E & K) Vitamin ini perlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Disarankan diambil selepas mengambil makanan berlemak atau berminyak.

7. Jangan diambil vitamin bersama minuman berkafein atau air berkarbonat kerana akan mengurangkan kadar penyerapan supplement secara efisiensi. Jika hendak minum juga, ambil setengah jam sebelum atau selepas makan vitamin. Travel kit untuk penyimpanan Vitamin



8. Jika anda travel dalam tempoh masa tertentu, jangan abaikan pengambilan vitamin. Sediakan Travel Kit untuk penyimpanan vitamin anda agar vitamin tetap di makan setiap hari walaupun kita travel. Travel Kit ini biasanya di jual di farmasi dalam pelbagai bentuk dan corak pilihan.

9. Yang paling UTAMA, pengambilan air perlulah mencukupi iaitu 2-3 Liter sehari. Jangan kurang. Pengambilan air yang kurang amat menganggu penyerapan vitamin, akhirnya anda tidak mendapat hasil dari vitamin yang di makan. Semoga tips yang saya kongsikan, sedikit sebanyak dapat membantu anda yang masih samar-samar untuk memakan vitamin dengan betul.


Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2012. Supplement sihat cantik semulajadi - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by Lin Ariff
Proudly powered by Blogger